THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, October 16, 2010

cinta seorang chatterz chapter III

Lama kelamaaan, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan susana begitu. Kemudian, aku telah berkenalan dengan seorang perempuan. Dia pada awalnya telah ku anggap seperti adik aku sendiri. Lama kelamaan hatiku semakin serasi terhadapnya. Perasaan sayang juga mulai timbul di dalam diri "hati batu" ini. Mungkin betul juga kata-kata orang tua, "adik angkat lama-lama terangkat". Pertengahan bulan Februari, aku telah cuba memberanikan diri untuk meluahkan rasa hatiku pada dia. Alangkah bertuahnya perasaan apabila si dia juga memiliki perasaan yang sama sepertiku. Tarikh itu ialah tarikh keramat bagi kami. 18 bulan kemudian, cinta yang telah sekian lama berputik semakin rapuh dan goyang. Masing-masing mencari kesalahan satu sama lain, bergaduh setiap masa walaupun berada di depan mata. Ini mungkin disebabkan, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh rakan sekelasku. Aku cuba tidak mempercayai kata-kata mereka berkenaan "awek"ku. Aku cuba mencari kebenaran kata-kata itu. Setiap kali aku bertanya soalan yang sama, isu itulah yang menjadi punca pergaduhan aku dan dia. Hinggalah pada suatu hari, selepas aku selesai melakukan kerja part time sebagai mekanik di bengkel kawan ayahku, aku telah menerima satu panggilan dari dia yang aku begitu sayang. "Bi, kite putus je la ye...kite da tak serasi dan selalu gaduh..take care bi..bye". Hancur luruh hatiku bila dengar kata-kata yang begitu mudah dia luahkan. Aku cuba mencari kebenaran dan kesilapan diri. Mengapa orang yang aku begitu sayang dengan mudah melafazkan sebegitu. Aku hilang arah, buntu, dan tidak henti airmata mengalir sepanjang perjalanan pulang ke kolej. pertama kali aku merasakan diriku begitu lemah, lemah sangat sehinggakan aku rasa diperbodohkan. Aku cuba mencari di mana kesilapanku. Setiap kali aku meminta jawapan darinya, tetap aku dipersalahkan ke atas apa yang berlaku. Selang beberapa hari dari peristiwa itu, aku menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengugutku supaya menjauhi diri bekas kekasihku. Dari cara lelaki itu bercakap, aku boleh mengaggap dialah orang baru dalam hidup si dia. Cukup pantas dia mencari pengganti, baru aku tahu apa yang berlaku......................

0 comments: