THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 11, 2010

cinta seorang chatterz chapter II

Lalu aku terfikir untuk menyambung pelajaranku atas nasihat ibu dan adik-adikku. Mereka sangat berharap supaya abang sulung mereka menjadi orang yang berjaya seperti mereka. Aku nekadkan diri dan membuat permohonan di sebuah kolej di dalam Melaka. Keputusan SPM yang aku miliki juga tidak begitu memuaskan dan dikhuatiri permohonan aku itu ditolak. Selepas SPM dulu, banyak juga IPT dan IPTS yang aku mohon tapi semuanya ditolak dan tiada jawapan. Barulah aku merasa kesal dan memahami kenapa orang tua aku begitu bersungguh-sunguh menyuruhkan belajar masa sekolah dulu. Akibatnya aku sendiri yang tanggung. Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.
Namun pada suatu petang, selepas pulang dari bekerja, aku telah diberitahu oleh ibu, permohonanku telah diterima dan aku dikehendaki mendaftarkan diri di kolej tersebut. Tidak dapat ku gambarkan bagaimana gembiranya perasaanku yang bagaikan orang terkena loteri.
Majikanku juga berat untuk meluluskan permohonanku meletakkan jawatan. Kini impianku untuk berjaya semakin cerah. Aku sangat berminat dalam perubatan tetapi rezeki ku tidak kearah itu kerana aku ditawarkan kursus Undang-Undang dan Syariah oleh pihak kolej. Di kolej aku telah mengenali rakan-rakan baru yang jauh lebih muda dariku. Pada awalnya aku tidak dapat menyesuaikan diri. Lama-kelamaan......................

0 comments: