THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 17, 2010

cinta seorang chatterz chapter IV

apa yang berlaku bagaikan sebuah drama untuk mengaburi mataku. Aku sangat tertekan pada waktu itu, hanya mampu mengalirkan air mata menahan perasaan yang begitu sakit apabila dikhianati. Agak lama aku dalam keadaan begitu. Tanpa menjamah walau sebutir nasi, perutku hanya kenyang berbekalkan air kosong dan asap rokok. Perasaan tertekan dan macam-macam gangguan aku alami. Hanya "Dia" yang tahu. Akhirnya, selepas sebulan, keadaan ku semakin pulih setelah banyak menerima nasihat dan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Aku merasa sangat bosan kerana masa-masa lapangku dihabiskan dengan sia-sia. Aku mula berjinak-jinak di dalam dunia chatting. Hari demi hari aku semakin rancak dalam dunia chatting. Rakan-rakan semakin bertambah. Dulu aku sangkakan dunia chatting tiada sebarang faedah, hanya menghabiskan masa dengan sia-sia tetapi sebaliknya dunia chatting yang membuatkan aku merasa terhibur.
Segala perkembangan di dalam "chat room" aku ikuti. Setiap perjumpaan yang dibuat untuk ahli juga, aku tidak ketinggalan mengikutinya. Secara tudak langsung, aku dapat melupakan si dia. Di dalam "chat room" juga aku mula mengenali beberapa orang perempuan yang baik, tapi malangnya hatiku begitu kosong sehinggakan tiada ruang untuk mereka. Hinggalah pada suatu hari aku mengenali seseorang yang mahu dikenali dengan panggilan "mia". Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Aku cuba mengenalinya walaupun sebagai rakan kerana aku tahu hatinya pada masa itu sudah dimiliki. Aku cuba menjadi kawan rapatnya. Setiap masalahnya aku cuba membantu dengan memberi nasihat dan sokongan. Kadang kala aku sendiri merasa sakit hati dengan sikap teman lelakinya yang langsung tidak mengendahkannya. Bagiku bukan mudah untuk seorang perempuan menitiskan airmata untuk orang yang betul-betul disayanginya. Alangkah beruntungnya jika orang yang aku sayangi dulu seperti Mia. Pada awalnya aku hanya mampu berhubung dan berkongsi cerita melalui Facebook. Nombor telefonku telah aku serahkan pada Mia dengan alasan supaya lebih mudah menghubungiku sekiranya ada masalah yang ingin dikongsi. Mia akan menghubungiku untuk berkongsi ceritanya tetapi setiap kali selepas menghubungiku Mia akan menghilangkan diri agak lama. Dalam fikiran ku, mungkin Mia menganggap aku sebagai teman tuk berkongsi something yang berat tuk dia luah pada sesiapa. Dari sejak mula kami berkawan sehingga la sekarang Mia hanya menghubngi aku dua kali sahaja. "Entah la, mungkin dia memang begitu" bisik hatiku. Adik angkatku yang aku gelar sebagai "Amoi" selalu cuba mencarikan jodoh untukku tetapi bagaimana aku hendak terangkan bahawa hatiku langsung tidak terbuka untuk bercinta lagi setelah cinta yang baru lepas ku lalui amat menyakitkan. Setelah didesak beberapa kali, akhirnya aku akur dengan paksaan adik angkatku untuk cuba membuka hati terhadap kawannya. Aku cuba membuka hati untuk "orang baru" itu tetapi aku tidak mampu untuk nafikan hatiku masih sukar untuk menerima sesiapa. Aku cuba bertahan dan memberi ruang tapi tidak mampu. Akhirnya selepas Hari Raya, aku cuba menjauhkan diri darinya. Aku betul-betul tidak mampu untuk meneruskan.
Tidak berapa lama kemudian, Mia sekali lagi menghubungiku, aku melayannya seperti biasa. Setiap pertanyaannya ku jawab satu persatu sehinggalah soalan berkenaan "orang baru" itu. Aku cuba berselindung tapi secara automatik aku terus berkata jujur apa yang telah berlaku. Entah kenapa aku begitu mudah untuk meluahkan pada Mia. Selepas Mia mematikan panggilannya, aku menganggap Mia akan hilang seperti biasa. Maklumla memang adat chatters begitu. Kemudian aku menerima mesej dari Mia dan aku membalas. Boleh dikatakan seperti keajaiban apabila Mia terus-menerus mesej dan hubungiku. Aku sangat gembira, kerana selepas beberapa hari Mia masih lagi menghubungi. "Harap dia tidak hilang sekali lagi" kata hatiku. Mia memang pandai mengambil hatiku, "hati batu" yang keras pun boleh lebur jadinya. Semakin hari aku semakin menyayanginya. Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Mia yang menyebabkan aku tertarik dengannya bagaikan magnet. Akhirnya aku meluahkan rasa hatiku pada Mia dan tidak ku sangka Mia juga menyimpan rasa yang sama. Selepas itu bermulalah kehidupanku bersama Mia......

0 comments: