THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, October 19, 2010

4k 1p

apa yang aku maksudkan dengan 4k 1p ye...setiap percintaan perlu ada 5 elemen yang aku sebut sebagai 4k 1p. Kalau setiap pasangan x ade elemen-elemen tersebut memang sukar untuk bertahan lama.....

k- kejujuran
=> setiap psgn perlu berlaku jujur antara satu sama lain. Jangan sesekali berahsia dan membelakangi org yg kita sayangi. Walaupun sesuatu perkara itu dianggap remeh, perlu diambil perhatian supaya masalah itu tidak menjadi besar apabila diketahui si dia kelak.

k- kesetiaan
=> Setia sangat penting. Biarlah berapa banyak dugaan yang datang atau ad pihak yang ingin memisahkan kamu. Jangan sesekali berundur dan ubah fikiran mahupun hati kamu. Walaupun hati anda cuba digoda dengan pihak ketiga yang jauh lebih baik dari psgn anda. Jangan sesekali terpengaruh. Setia sahaja yang mampu menepis dugaan sebegitu.

k- kepercayaan
=> Sikap mempercayai satu sama lain perlu wujud dalam diri pasangan yang bercinta. Walaupun kadangkala mungkin kamu berasa ragu atau was-was dengan cerita psangan kamu. Jangan bersikap begitu, belajar mempercayai dan buktikan yang anda sentiasa percayakan si dia.

k- keikhlasan
=> Terima pasangan anda seadanya seikhlas yang boleh dari dalam hati. Biarlah orang lain membezakan diri anda dengan si dia, pedulikan kata-kata yang merosakkan hubungan kamu itu.
Hargai pasangan anda kerana kehilangannya akan membuat anda seksa sepanjang hayat.

p- pengorbanan
=> Pengorbanan pasti akan berlaku. Ianya perlu dibuktikan dengan perbuatan dan bukan hanya kata-kata. Ramai yang tidak mampu untuk berkorban demi org tersayang mungkin kerana kasih sayang mereka belum cukup mendalam. Banyak kategori untuk pengorbanan contohnya berkorban masa, perasaan untuk membahagiakan si dia.

ini sedikit tips yang penting supaya pasangan itu kekal dan tidak berubah hati kelak. Bukan mudah untuk menjaga sesebuah hubungan dan bertahan hingga akhir hayat. Cuma sekadar pandangan untuk dikongsi. :)

0 comments: