THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 11, 2010

cinta seorang chatterz chapter I

Aku Fairuz dan dikenali oleh rakan-rakan sebagai Apai atau Yus. Aku bekerja sebagai seorang technician di sebuah pusat dylisis di negeri kelahiran ku sendiri Melaka. Gajiku tidak lah begitu besar tapi cukup untuk menyara diriku sendiri. Aku tinggal bersama keluarga kerana aku belum berkahwin dan mungkin juga belum jumpa jodoh yang sesuai. Aku mungkin cemburu dengan kawan-kawan yang seusiaku yang majoriti semua sudah berkahwin dan berjaya dalam hidup. Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki iaitu keluarga. Kadang-kala aku terfikir juga, mungkin pintu hatiku telah tertutup untuk bercinta dan mengenali perempuan lain selain Ain. Dialah perempuan yang pertama berjaya menawan hatiku tetapi itu semua bagai sebuah mimpi. Ibu bapanya telah menghalang perhubungan kami kerana kami tidak setara darjat. Kata-kata ibunya yang tidak dapat aku lupakan ialah aku mungkin tidak dapat membahagiakan anaknya kerana tiada harta dan apa-apa yang boleh menjamin anaknya hidup senang. Peristiwa itu tak pernah luput dari ingatanku.
Kata-kata itulah yang ku jadikan semangat untuk terus bekerja keras dan membuktikan diriku juga boleh berjaya. Kini sudah 3 tahun perkara itu berlalu. Usia ku juga telah mencecah 23 tahun. Aku mula merasakan bosan terhadap kerja, mungkin disebabkan aku merasa diriku masih di takuk lama. Tiada perubahan dan kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan. Lalu aku terfikir untuk...........................................

0 comments: