THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 3, 2010

-jauh-

Kau semakin jauh,
jauh meninggalkan diriku dalam resah, gelisah dan serba salah,
semakin hari semakin kita terpisah,
bagaikan berpisahnya roh dari tubuh,
kemana perginya semangat ku,
kemana perginya kegembiraan ku,
tanpa mu, aku bagaikan lilin tanpa api,
yang tak mampu memberikan cahaya pada malam yg gelita,
tidakkah kau kasihani akan diriku,
yang merintih sepi menantikanmu,
menghitung hari-hari yang berlalu,
yang penuh dengan kesengsaraan,
mungkin suatu hari, akan terbuka kembali hatimu,
untuk bersama seperti dahulu,
malangnya, aku pula telah jauh,
pergi dan tidak akan kembali,
hanya mampu mendoakan mu,
hanya mampu memerhatikanmu dari jauh,
ku hanya mahu kau tahu,
yang aku tidak pernah kesal mengenalimu,
ciptaan yang terindah,
sejauh mana diriku kini, hanya namamu yang tersemat dalam sanubariku,
insan yang aku sayangi,cintai dan rindui.....

0 comments: