THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 27, 2009

KONGSI GELAP

Kongsi gelap lebih banyak dirujuk atau melibatkan kaum cina. Berasal dari China dan mempunyai pengaruh yang ramai . Kadang kala kongsi gelap juga boleh dikatakan sebagai satu puak yang bergantung kepada pengaruh.

Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia dikenali dengan pelbagai angka iaitu 04, 08, 30, 24, 36, 35, 18,77, 3677, 368, 367 dan pelbagai angka lain.Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka.

Sebelum merdeka lagi telah wujud kumpulan-kumpulan yang besar di Tanah Melayu. Di Perak contohnya terdapat nama-nama kumpulan yang besar seperti GEE HIN dan HAI SAN yang dipelopori oleh orang cina.

0 comments: