THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 1, 2012

Doa ketika jatuh Cinta

Allahu Rabbi, aku minta izin...Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat ku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta..Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta...
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh


Allahu Rabbi, izinkanlah...Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumiMu

Allahu Rabbi...Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami..Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir....Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-MuCinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn Ya Rabbal Alamin..

Sunday, November 13, 2011

PeNaNtiAn..

Penantian bagaikan suatu penyeksaan..
Menantikan dirimu bagaikan..
Pungguk yang merindukan bulan..
Bagaikan menanti suatu yang tak pasti..

Mengapa hadir perasaan ini..
Setelah lama ku kunci hati..
Perasaan silam menguasai diri..
Penyebab derita tiada henti..

Ruangan kosong ku bukakan ruang..
Agar cinta kembali bersarang..
Mengharap kasihnya seseorang..
Mengharap kembali perasaan sayang..

Kini aku hanya berdiam..
Memerhatikanmu dengan hati yang kusam..
Dengan seribu perasaan ku pendam..
Yang mampu membuatku karam..

Andai kau dengar rintihan hati..
Berilah peluang insan ini..
Untuk hadir dan mendekati..
Dirimu yang amat ku kasihi..

Jika kau tidak pasti,
Cukuplah sekadar aku berdiri..
Menjadi bayangmu kemana kau pergi..
Agar tersemat di hati nurani..


Friday, November 11, 2011

KeSabAraN TidAk TeRniLai

"Haih bosannye, kerja-kerja". Itulah kata-kata yang sering aku ungkapkan setiap kali bangun dari tidur mahupun hendak menuju ke tempat kerja. Rutin harian seringkali dihabiskan dengan kerja yang banyak dan pulang lewat. Di tempat kerja aku selalu dijadikan bahan gurauan, maklumla semua sudah berkahwin dan berteman. Aku je yg msh trus "menyinglekan" diri. Bukan aku tak nak cari tapi malas sebab takut hati terluka, chewah cam lagu plak haha.

Hinggalah suatu hari tu, ada seseorang yang mampu menarik perhatian aku. Nak dikatakan cantik tu idakla bg teman (loghat perak pulak) cume manis tu adela, bak kata orang menyejukkan hatilah. Tapi tabiat aku memang pelik, penakutnye tak ubah- ubah. Tu yang muke aku selalu dicop "bodoh sombong". Aku cube nk tgur tapi cam pyh plak nk bckp, yg ak taw sepatah dua kata je, payah- payah. Bila dia trgur aku pn ape lagi, cam nak pitam pun ade tinggal "coverlah" sikit kan, buat- buat macam "cool" je.

Suatu hari, aku cubela nak memberanikan diri dan jadi "gentle" nak bagitau yang aku ni minat kat dia tapi terbantut niat aku sebab rupa- rupanya ada orang yang lagi pantas dari aku, nasib- nasib huh. Jadi aku pun buat keputusan, elok buat tak taw je. Dalam hati meluap- luap gak la bengang tu kan. Aku pun biarla diaorang bahagia, kesana- sini sama-sama, takpela, yang penting orang yang kita suka bahagia walaupun hati aku mmg "berbulu". Bila aku selidik mamat yang becinta dengan minah yang aku minat tu, barula aku taw yang mamat tu memang banyak teman wanita, tapi nak buat macam mane kan, tak elok kacau rumahtangga org, so aku pn buatla "bodoh".

Selepas beberapa bulan, aku dapat tau yang minah tu nak berhenti. Alahai kecewa juga la rasanya aku walaupun tak ada kena mengena dengan dia. Alasan dia behenti sebab nak sambung belajar so aku tak la terfikir apa-apa. Baguslah nak kejar cita-cita kan. Kembali bosan la hidup aku, yela semangat aku dah tak ada. Selang sebulan, aku pun seperti biasa melayan "muke buku" tiba- tiba aku ternampak minah tu punya akaun, dengan tak segan silunya aku pun meng"add" dia. Nasib baik la dia "approved". Mulai hari tu rajinlah aku "chat" dengan dia dan baru aku taw yang dia berhenti sebab patah hati .

Bermula dengan "chat" aku semakin beranilah nak berbual dengan dia, tapi nak masuk "jarum" takut lagi. Kena plak dia sibuk kerja macam aku juga. Hanya dapat berbual sekali- sekala. Sabar je lah, yang dapat pun tengok status and gambar-gambar dia, oklah juga sekurang- kurang lepas la rindu tu kan. Ntah macam mana, suatu hari , masa penghujung chat aku boleh pula terlepas cakap " senang-senang nanti roger- rogerlah ye". Dia pun balas " Macam mana nak roger, nak tanye operator ke suruh sambungkan, ke nak bagi nombor? ". Dengan pantasnya aku mnaip nombor aku, lepas tu terus aku keluar akaun, haha jual mahal la konon sebab da dapat nombor dia kan. Hari- hari mesej pun aku hantar sepatah dua je macam "morning", "salam" .

Pada suatu hari, selepas berbalas mesej dan tiba mesej terakhir yang dia hantar " siapalah saya, tak cantik, entah siape la yang nak kan". Tiba- tiba je aku terajin menjawab " eh saya kan ada, tak kan awak tak nampak, da lama saya sukakan awak, kalau boleh nak sangat kenal awak lebih rapat, jadi kawan masa susah senang awak". Dia trus membalas " :)", ade ke patut macam tu je, teruk betul. Dari hari itulah hubungan aku dan dia semakin rapat dan aku dah pun membuat keputusan untuk merisik dia dan jadikan dia peneman hidup aku. Berkat kesabaran aku menunggu dia kan. Memang berbaloi- baloi, eh macam dalam iklan pulak, haha. Pengakhiran cerita ni korang fikirlah sendiri ye. Apa yang aku taw " :)".


(Cerita ni tak ada kena mngena pun dengan aku, saja nak update blog ni..haha)

Monday, October 3, 2011

Sekadar coretan dan Pandangan..

Seingat ak...tanda2 kiamant kecil salah satunye lelaki banyak menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki... dan persoalan yang timbul sekarang adakah bidang pekerjaan yang diceburi juga termasuk dalam kategori tanda-tanda kecil tersebut.

Contoh yang boleh dilihat zaman sekarang ramai wanita yang berpelajaran tinggi , mempunyai kerjaya yg lebih baik dan menceburi bidang yang lebih mencabar seperti kemahiran. Manakala lelaki pula semakin ramai yang meminati pekerjaan yang ramai diceburi oleh wanita suatu ketika dulu contohnya dalam bidang peragaan, masakan, andaman dan juga pengurusan rumah tangga.

Jika difikirkan balik, mungkin ini salah satu fenomena dalam dunia yang serba moden tetapi adakah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami tidak terabai? Adakah anak-anak juga mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa? Dunia oh Dunia.. Sungguh banyak perbezaan dari dulu hingga sekarang.

Tidak salah rasanya lelaki atau perempuan menceburi bidang yang berlainan asalkan sifat dan tanggungjawab mereka tidak terubah..Ingatlah kita bukan selamanya di dunia ini, sebaliknya akan menempuh dunia yang lain kelak. Untuk ke sana kita perlukan amalan yang banyak dan secukupnya, bukan sijil, kerjaya dan sanjungan duniawi... siapalah kita di sana kelak, sama taraf, tiada perbezaan darjat.

Apa yang ak tulis ini hanyalah sekadar coretan dan pandangan.. Seharusnya menjadi tanggungjawab kita sesama Islam untuk nasihat- menasihati, Ingat- mengingati. Setiap hari kita hanya perlu ingat, ajal dan maut tidak akan ditangguh, bila tiba masa, roh tetap terlerai dari jasad. Dimanakah kita akan pergi selepas itu? Dimanakah kita berada pada masa roh diambil? Wallahualam.

Sunday, October 2, 2011

assalamualaikum,

hai lama sungguh ak x update blog ni... yela hdup pgi ptg siang mlm hnya utk bkerja..
msa cuti la satu2nya msa tuk online. Blog ni byk gak tgglkn kngn tuk ak dgn dia dan juga classmate ak msa kt KUIM dlu..
Sedar x sdar msa brgerak pntas..da hmpir sthn rupenye ak mninggalkan alam "student" dan menjadi pekerja di Giant Hypermrket Senawang... Hmpir setahun jga la aku da mula blajar hdup berjauhan dri keluarga..merantau ditempat org.
Soal jodoh aku ketepikan dulu yang penting ak nak lihat adik2 aku bjya dlm hdup, tak sanggup aku nk tgk khdupan diaorg mcm abg sulung dia ni..harap azam aku tahun depan untuk hantar org tua ak pergi umrah tercapai. Biar sepenat manapun, dimaki hamun aku tetap kena kuatkan azam untuk terus bkrja.
Cuma ak selalu berpegang pada pesan org tua ak, kalau kite nk bjya jgn sesekali kite lupekan Allah, sbb Dialah yg beri kite rezeki, kuatkan semangat dan jgn sesekali mengalah dan jgn takut sesama manusia sebab kite semua dilahirkan sama pada aslnye. Mungkin tulah kata-kata yg mnguatkn azam aku untuk bjya. Sekian la celoteh aku untuk tahun ni..harap2 apa yang ak azamkn akn trcapai..kita hanya mmpu mrancang tapi Allah yg menentukan segalanya.. amin

Wednesday, November 10, 2010

suara hati

entah ngapakah aku rase makin jauh dengannya..entah la..tidak sepatutnya aku berasa begini namun aku tidak tahu pada siapa lagi ingin menyatakan isi hatiku..hanya kepada blog ini aku mampu meluahkan..walaupun aku tahu dia tidak membacanya..
dulu..akula teman dikala dia mengulangkaji pelajaran namun sekarang aku seakan-akan penyibuk atau penghalang dia untuk terus fokus belajar..dulu tak dapat bercakap denganku selama 1hari pun boleh membuatkan dia sedih namun sekarang seakan2 aku tidak lagi diperlukan..maaflah berfikiran sebegini..aku tidak mampu memikirkan alasan apa yang ingin ku berikan kepada diriku sendiri untuk menenangkan hatiku. cepatnya seseorang itu berubah..kenapa hal ini berlaku..aku pun tidak tahu.mungkin terlalu banyak yang telah berlaku sejak dua menjak ini..
aku cuba membiasakan diri tanpa dia..bukannya aku tidak biasa diperlaku begini oleh insan2 yang aku sayang sebelum ini..namun ketiadaan dia aku seakan kosong.Hidupku seakan2 tidak bermakna..Oh Tuhan..bantu la aku menghadapi semua ini..berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..dia pergi secara tiba2..nasib baik ayah yang memberitahu aku cerita yang sebenarnya...Namun aku bagai tidak mengerti..tidak kah dia merindui aku seperti aku merinduinya..tidakkah dia ingin bercakap denganku..mendengar suaraku, adakah bercakap denganku selama 5 minit mampu menyebabkan dia hilang tumpuan..maafkan aku..bukan niatku untuk tidak mengerti namun aku perlukan penjelasan.kami hanya berhubung melalui fb sahaja..ini yang membuatkan aku menjadi semakin hairan..bercakap denganku 5 minit tak boleh namun boleh membuka fb..Oh Tuhan jauhkan lah hatiku dari berprasangka buruk terhadapnya.aku sangat tak mengerti...tolong la..aku sangat perlukan penjelasanmu...
mungkin ini dugaan tuhan berikan kepadaku ingin menguji sejauh mana kesabaranku. Ya Allah aku terima semua ketentuanmu ini Ya Allah..Masa banyak ku habiskan dengan menulis blog..membaca Al-Quran.Huhu..dah lama tak baca Yassin..Akhirnya ku sentuh jua agar dapat menenangkan fikiranku...Pergi la SEPI..jangan kau hampiri hidupku lagi..Kerana aku kini redha dengan takdirku...Cinta..andai benar kau milikku..maka kau akan tetap bersamaku..Seandainya kau bukan jodoh tuhan untuk ku..aku redha dengan pemergianmu..~END~

Tuesday, November 9, 2010

SEPI..

bulan malam ini suram..
sesuram hatiku yang rindu..
cahaya bulan tidak lagi menyerlah
mungkin ia bagaikan mengerti..
pungguk tidak lagi merinduinya.,,

aku pula kini bagai pungguk..
mengharap cahaya bulan...
namun harap tinggal harapan..
kerana bulan tidak lagi bercahaya
magah seperti dahulu....

ku tanya pada desir bayu malam...
adakah ini salahku...
adakah salahku kerana merinduinya...
ingin memandang cahaya itu..
ingin menatap setiap hari..
sedangkan bulan itu...
sudah tidak ingin lagi bersamaku

desir bayu...
balutilah tubuhku yang kaku..
bawalah aku bersamamu...
agar rindu ini dapat ku hapus...
agar mataku kembali bercahaya..
agar hatiku kembali berdenyut...
mengikut lenggok tari desiranmu...
menjelajahi seluruh nusantara..
membawa rinduku..

malam...
sudah tidak lagi seindah biasa...
yang biasa bersinar bersama bintang..
aku sering termanggu...
menanti dan menanti...
setiap detik bagai setahun..
payah benar berlalu meninggalkan aku...