THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, November 13, 2011

PeNaNtiAn..

Penantian bagaikan suatu penyeksaan..
Menantikan dirimu bagaikan..
Pungguk yang merindukan bulan..
Bagaikan menanti suatu yang tak pasti..

Mengapa hadir perasaan ini..
Setelah lama ku kunci hati..
Perasaan silam menguasai diri..
Penyebab derita tiada henti..

Ruangan kosong ku bukakan ruang..
Agar cinta kembali bersarang..
Mengharap kasihnya seseorang..
Mengharap kembali perasaan sayang..

Kini aku hanya berdiam..
Memerhatikanmu dengan hati yang kusam..
Dengan seribu perasaan ku pendam..
Yang mampu membuatku karam..

Andai kau dengar rintihan hati..
Berilah peluang insan ini..
Untuk hadir dan mendekati..
Dirimu yang amat ku kasihi..

Jika kau tidak pasti,
Cukuplah sekadar aku berdiri..
Menjadi bayangmu kemana kau pergi..
Agar tersemat di hati nurani..


Friday, November 11, 2011

KeSabAraN TidAk TeRniLai

"Haih bosannye, kerja-kerja". Itulah kata-kata yang sering aku ungkapkan setiap kali bangun dari tidur mahupun hendak menuju ke tempat kerja. Rutin harian seringkali dihabiskan dengan kerja yang banyak dan pulang lewat. Di tempat kerja aku selalu dijadikan bahan gurauan, maklumla semua sudah berkahwin dan berteman. Aku je yg msh trus "menyinglekan" diri. Bukan aku tak nak cari tapi malas sebab takut hati terluka, chewah cam lagu plak haha.

Hinggalah suatu hari tu, ada seseorang yang mampu menarik perhatian aku. Nak dikatakan cantik tu idakla bg teman (loghat perak pulak) cume manis tu adela, bak kata orang menyejukkan hatilah. Tapi tabiat aku memang pelik, penakutnye tak ubah- ubah. Tu yang muke aku selalu dicop "bodoh sombong". Aku cube nk tgur tapi cam pyh plak nk bckp, yg ak taw sepatah dua kata je, payah- payah. Bila dia trgur aku pn ape lagi, cam nak pitam pun ade tinggal "coverlah" sikit kan, buat- buat macam "cool" je.

Suatu hari, aku cubela nak memberanikan diri dan jadi "gentle" nak bagitau yang aku ni minat kat dia tapi terbantut niat aku sebab rupa- rupanya ada orang yang lagi pantas dari aku, nasib- nasib huh. Jadi aku pun buat keputusan, elok buat tak taw je. Dalam hati meluap- luap gak la bengang tu kan. Aku pun biarla diaorang bahagia, kesana- sini sama-sama, takpela, yang penting orang yang kita suka bahagia walaupun hati aku mmg "berbulu". Bila aku selidik mamat yang becinta dengan minah yang aku minat tu, barula aku taw yang mamat tu memang banyak teman wanita, tapi nak buat macam mane kan, tak elok kacau rumahtangga org, so aku pn buatla "bodoh".

Selepas beberapa bulan, aku dapat tau yang minah tu nak berhenti. Alahai kecewa juga la rasanya aku walaupun tak ada kena mengena dengan dia. Alasan dia behenti sebab nak sambung belajar so aku tak la terfikir apa-apa. Baguslah nak kejar cita-cita kan. Kembali bosan la hidup aku, yela semangat aku dah tak ada. Selang sebulan, aku pun seperti biasa melayan "muke buku" tiba- tiba aku ternampak minah tu punya akaun, dengan tak segan silunya aku pun meng"add" dia. Nasib baik la dia "approved". Mulai hari tu rajinlah aku "chat" dengan dia dan baru aku taw yang dia berhenti sebab patah hati .

Bermula dengan "chat" aku semakin beranilah nak berbual dengan dia, tapi nak masuk "jarum" takut lagi. Kena plak dia sibuk kerja macam aku juga. Hanya dapat berbual sekali- sekala. Sabar je lah, yang dapat pun tengok status and gambar-gambar dia, oklah juga sekurang- kurang lepas la rindu tu kan. Ntah macam mana, suatu hari , masa penghujung chat aku boleh pula terlepas cakap " senang-senang nanti roger- rogerlah ye". Dia pun balas " Macam mana nak roger, nak tanye operator ke suruh sambungkan, ke nak bagi nombor? ". Dengan pantasnya aku mnaip nombor aku, lepas tu terus aku keluar akaun, haha jual mahal la konon sebab da dapat nombor dia kan. Hari- hari mesej pun aku hantar sepatah dua je macam "morning", "salam" .

Pada suatu hari, selepas berbalas mesej dan tiba mesej terakhir yang dia hantar " siapalah saya, tak cantik, entah siape la yang nak kan". Tiba- tiba je aku terajin menjawab " eh saya kan ada, tak kan awak tak nampak, da lama saya sukakan awak, kalau boleh nak sangat kenal awak lebih rapat, jadi kawan masa susah senang awak". Dia trus membalas " :)", ade ke patut macam tu je, teruk betul. Dari hari itulah hubungan aku dan dia semakin rapat dan aku dah pun membuat keputusan untuk merisik dia dan jadikan dia peneman hidup aku. Berkat kesabaran aku menunggu dia kan. Memang berbaloi- baloi, eh macam dalam iklan pulak, haha. Pengakhiran cerita ni korang fikirlah sendiri ye. Apa yang aku taw " :)".


(Cerita ni tak ada kena mngena pun dengan aku, saja nak update blog ni..haha)