THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 3, 2011

Sekadar coretan dan Pandangan..

Seingat ak...tanda2 kiamant kecil salah satunye lelaki banyak menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki... dan persoalan yang timbul sekarang adakah bidang pekerjaan yang diceburi juga termasuk dalam kategori tanda-tanda kecil tersebut.

Contoh yang boleh dilihat zaman sekarang ramai wanita yang berpelajaran tinggi , mempunyai kerjaya yg lebih baik dan menceburi bidang yang lebih mencabar seperti kemahiran. Manakala lelaki pula semakin ramai yang meminati pekerjaan yang ramai diceburi oleh wanita suatu ketika dulu contohnya dalam bidang peragaan, masakan, andaman dan juga pengurusan rumah tangga.

Jika difikirkan balik, mungkin ini salah satu fenomena dalam dunia yang serba moden tetapi adakah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami tidak terabai? Adakah anak-anak juga mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa? Dunia oh Dunia.. Sungguh banyak perbezaan dari dulu hingga sekarang.

Tidak salah rasanya lelaki atau perempuan menceburi bidang yang berlainan asalkan sifat dan tanggungjawab mereka tidak terubah..Ingatlah kita bukan selamanya di dunia ini, sebaliknya akan menempuh dunia yang lain kelak. Untuk ke sana kita perlukan amalan yang banyak dan secukupnya, bukan sijil, kerjaya dan sanjungan duniawi... siapalah kita di sana kelak, sama taraf, tiada perbezaan darjat.

Apa yang ak tulis ini hanyalah sekadar coretan dan pandangan.. Seharusnya menjadi tanggungjawab kita sesama Islam untuk nasihat- menasihati, Ingat- mengingati. Setiap hari kita hanya perlu ingat, ajal dan maut tidak akan ditangguh, bila tiba masa, roh tetap terlerai dari jasad. Dimanakah kita akan pergi selepas itu? Dimanakah kita berada pada masa roh diambil? Wallahualam.

0 comments: