THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 3, 2011

Sekadar coretan dan Pandangan..

Seingat ak...tanda2 kiamant kecil salah satunye lelaki banyak menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki... dan persoalan yang timbul sekarang adakah bidang pekerjaan yang diceburi juga termasuk dalam kategori tanda-tanda kecil tersebut.

Contoh yang boleh dilihat zaman sekarang ramai wanita yang berpelajaran tinggi , mempunyai kerjaya yg lebih baik dan menceburi bidang yang lebih mencabar seperti kemahiran. Manakala lelaki pula semakin ramai yang meminati pekerjaan yang ramai diceburi oleh wanita suatu ketika dulu contohnya dalam bidang peragaan, masakan, andaman dan juga pengurusan rumah tangga.

Jika difikirkan balik, mungkin ini salah satu fenomena dalam dunia yang serba moden tetapi adakah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami tidak terabai? Adakah anak-anak juga mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa? Dunia oh Dunia.. Sungguh banyak perbezaan dari dulu hingga sekarang.

Tidak salah rasanya lelaki atau perempuan menceburi bidang yang berlainan asalkan sifat dan tanggungjawab mereka tidak terubah..Ingatlah kita bukan selamanya di dunia ini, sebaliknya akan menempuh dunia yang lain kelak. Untuk ke sana kita perlukan amalan yang banyak dan secukupnya, bukan sijil, kerjaya dan sanjungan duniawi... siapalah kita di sana kelak, sama taraf, tiada perbezaan darjat.

Apa yang ak tulis ini hanyalah sekadar coretan dan pandangan.. Seharusnya menjadi tanggungjawab kita sesama Islam untuk nasihat- menasihati, Ingat- mengingati. Setiap hari kita hanya perlu ingat, ajal dan maut tidak akan ditangguh, bila tiba masa, roh tetap terlerai dari jasad. Dimanakah kita akan pergi selepas itu? Dimanakah kita berada pada masa roh diambil? Wallahualam.

Sunday, October 2, 2011

assalamualaikum,

hai lama sungguh ak x update blog ni... yela hdup pgi ptg siang mlm hnya utk bkerja..
msa cuti la satu2nya msa tuk online. Blog ni byk gak tgglkn kngn tuk ak dgn dia dan juga classmate ak msa kt KUIM dlu..
Sedar x sdar msa brgerak pntas..da hmpir sthn rupenye ak mninggalkan alam "student" dan menjadi pekerja di Giant Hypermrket Senawang... Hmpir setahun jga la aku da mula blajar hdup berjauhan dri keluarga..merantau ditempat org.
Soal jodoh aku ketepikan dulu yang penting ak nak lihat adik2 aku bjya dlm hdup, tak sanggup aku nk tgk khdupan diaorg mcm abg sulung dia ni..harap azam aku tahun depan untuk hantar org tua ak pergi umrah tercapai. Biar sepenat manapun, dimaki hamun aku tetap kena kuatkan azam untuk terus bkrja.
Cuma ak selalu berpegang pada pesan org tua ak, kalau kite nk bjya jgn sesekali kite lupekan Allah, sbb Dialah yg beri kite rezeki, kuatkan semangat dan jgn sesekali mengalah dan jgn takut sesama manusia sebab kite semua dilahirkan sama pada aslnye. Mungkin tulah kata-kata yg mnguatkn azam aku untuk bjya. Sekian la celoteh aku untuk tahun ni..harap2 apa yang ak azamkn akn trcapai..kita hanya mmpu mrancang tapi Allah yg menentukan segalanya.. amin