THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 20, 2010

cinta seorang chatterz chapter V

Aku terlalu sygkn dia.. tapi entahla, kadang-kadang hal yang kecil pun boleh buat kami bergaduh. Dulu aku salu pesan pada diri supaya kalau apa-apa yang menyebabkan kami bertengkar, salah seorang dari kami akan redakan. Aku tak mampu berbuat begitu, perasaan cemburu dan marah sering tak dapat dikawal. Sebelum ni aku tak macam ni, sebab terlalu sayangkan dialah sehingga aku takut dia dirampas oleh orang lain. Aku tahu dia selalu beralah dengan sikap egoku.
Dia bagaikan satu anugerah bagiku, bukan mudah selepas banyak halangan yang masing-masing lalui baru dapat bersama. Aku tak kan sesekali mengalah dan membiarkan dia menjadi milik orang lain. Memang sering aku dengar ungkapan "jangan melawan takdir", tapi aku takut hadapi hidup tanpa dia. Lagipun aku sudah merasakan diriku sangat serasi dengannya. Seharusnya aku memanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana telah mempertemukan aku dengannya.
Tolonglah ingat pada janji, apa pun terjadi, salah seorang antara kita, jangan berganjak sebaliknya berada disisi. Apa yang mampu aku katakan, aku berjanji tidak akan mensia-siakan dirinya supaya segala pengorbanan yang dilakukannya bagaikan mendapat kepuasan dan ganjaran kelak. Ya Allah bukakan pintu hatinya, dan berikan dia sifat sabar yang paling tinggi, panjangkanlah jodoh kami dan umur kami, moga segala perjalanan yang kami lalui untuk hidup bersama diberkati oleh Mu Ya Allah. Jauhkanlah kami dari hasad dengki dan fitnah, kuatkanlah semangat kami dalam menempuh segala dugaanMu Ya Allah. Satukanlah hati Muhamad Fairuz bin Murshid dan Nurul Darnia Zulaiqha bte Zulkafli dan tempatkanlah kami sebagai hambaMu di syurga kelak. Amin Ya RabbalAlamin.

~ warkah buat orang tersayang~

Sayang...
walaupun abang jarang meluahkan apa yg abg rsa dlm hti..tp ktahuilah.. jauh d dlm sdut hti abg mmg trlalu sygkn syg dan tak mgkin dpt dtunjukkan dgn kata2

Sayang...
walaupun abang selalu sakitkn hati syg.. tpi ketahuilah setiap kali abg berbuat bgitu hti abg sendri akan merasa terluka yg sgt dlm.

Sayang...
walaupun abang selalu buat sayang menangis..tpi ketahuilah abg juga akan turut bersedih walaupun tnpa suara tangisan tapi tetap pedih dari dalam dan jika sayang di dapan mata sudah pasti abg tidak akan biarkan airmata itu menitis.

Sayang..
andaikata suatu masa abg tiada..tpi ketahuilah abang tidak akan pernah melupakan sayang kerana sayang banyak meluangkan masa, berkorban untuk abang dan tidak pernah sekali melupakan abang.. cuma apa yang abang harapkan dari sayang janganla berhenti bhubung dengan abang seperti yang abang pernah pesan yasin sbg "call" , doa dan fatihah sbg "sms".

Sayang...
andaikata sayang sunyi...carilah seseorang yang jauh lebih baik dari abang supaya sayang akan sentiasa disayangi dan tidak akan diabaikan semasa abang tiada dan pergi "jauh" dari sayang.

Sayang...
Jika kita mempunyai zuriat..jagalah dia sebaik mungkin, bimbinglah dia sehingga menjadi anak yang soleh supaya abang tidak dpertikai dan dipersoal sewaktu di padang mahsyar kelak.

Sayang...
andaikata abang dikurniakan stu hajat yang akan dipenuhi..abang akan mohon pada "Dia" Yang Maha Esa supaya sayang menjadi bidadari dan sentiasa bersama abang di syurga kelak.. Insyaallah.

Sayang...
apabila ajal datang menjemput kelak..izinkanlah abang menumpang di pangkuan sayang agar kurang rasa sakit semasa jasad dan roh terlerai.. biarlah abang dapat tatap wajah yang tidak pernah abang puas untuk memandang..

abang tidak akan pernah berhenti berdoa untuk sayang kerana sayang adalah anugerah yang terbaik pernah abang perolehi dan dikurniakan oleh"Nya. Salam sayang dari abang buat orang yang abang sayang..

Tuesday, October 19, 2010

4k 1p

apa yang aku maksudkan dengan 4k 1p ye...setiap percintaan perlu ada 5 elemen yang aku sebut sebagai 4k 1p. Kalau setiap pasangan x ade elemen-elemen tersebut memang sukar untuk bertahan lama.....

k- kejujuran
=> setiap psgn perlu berlaku jujur antara satu sama lain. Jangan sesekali berahsia dan membelakangi org yg kita sayangi. Walaupun sesuatu perkara itu dianggap remeh, perlu diambil perhatian supaya masalah itu tidak menjadi besar apabila diketahui si dia kelak.

k- kesetiaan
=> Setia sangat penting. Biarlah berapa banyak dugaan yang datang atau ad pihak yang ingin memisahkan kamu. Jangan sesekali berundur dan ubah fikiran mahupun hati kamu. Walaupun hati anda cuba digoda dengan pihak ketiga yang jauh lebih baik dari psgn anda. Jangan sesekali terpengaruh. Setia sahaja yang mampu menepis dugaan sebegitu.

k- kepercayaan
=> Sikap mempercayai satu sama lain perlu wujud dalam diri pasangan yang bercinta. Walaupun kadangkala mungkin kamu berasa ragu atau was-was dengan cerita psangan kamu. Jangan bersikap begitu, belajar mempercayai dan buktikan yang anda sentiasa percayakan si dia.

k- keikhlasan
=> Terima pasangan anda seadanya seikhlas yang boleh dari dalam hati. Biarlah orang lain membezakan diri anda dengan si dia, pedulikan kata-kata yang merosakkan hubungan kamu itu.
Hargai pasangan anda kerana kehilangannya akan membuat anda seksa sepanjang hayat.

p- pengorbanan
=> Pengorbanan pasti akan berlaku. Ianya perlu dibuktikan dengan perbuatan dan bukan hanya kata-kata. Ramai yang tidak mampu untuk berkorban demi org tersayang mungkin kerana kasih sayang mereka belum cukup mendalam. Banyak kategori untuk pengorbanan contohnya berkorban masa, perasaan untuk membahagiakan si dia.

ini sedikit tips yang penting supaya pasangan itu kekal dan tidak berubah hati kelak. Bukan mudah untuk menjaga sesebuah hubungan dan bertahan hingga akhir hayat. Cuma sekadar pandangan untuk dikongsi. :)

Monday, October 18, 2010

24 CIRI ORANG YANG MENCINTAIMU

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Sunday, October 17, 2010

cinta seorang chatterz chapter IV

apa yang berlaku bagaikan sebuah drama untuk mengaburi mataku. Aku sangat tertekan pada waktu itu, hanya mampu mengalirkan air mata menahan perasaan yang begitu sakit apabila dikhianati. Agak lama aku dalam keadaan begitu. Tanpa menjamah walau sebutir nasi, perutku hanya kenyang berbekalkan air kosong dan asap rokok. Perasaan tertekan dan macam-macam gangguan aku alami. Hanya "Dia" yang tahu. Akhirnya, selepas sebulan, keadaan ku semakin pulih setelah banyak menerima nasihat dan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Aku merasa sangat bosan kerana masa-masa lapangku dihabiskan dengan sia-sia. Aku mula berjinak-jinak di dalam dunia chatting. Hari demi hari aku semakin rancak dalam dunia chatting. Rakan-rakan semakin bertambah. Dulu aku sangkakan dunia chatting tiada sebarang faedah, hanya menghabiskan masa dengan sia-sia tetapi sebaliknya dunia chatting yang membuatkan aku merasa terhibur.
Segala perkembangan di dalam "chat room" aku ikuti. Setiap perjumpaan yang dibuat untuk ahli juga, aku tidak ketinggalan mengikutinya. Secara tudak langsung, aku dapat melupakan si dia. Di dalam "chat room" juga aku mula mengenali beberapa orang perempuan yang baik, tapi malangnya hatiku begitu kosong sehinggakan tiada ruang untuk mereka. Hinggalah pada suatu hari aku mengenali seseorang yang mahu dikenali dengan panggilan "mia". Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Aku cuba mengenalinya walaupun sebagai rakan kerana aku tahu hatinya pada masa itu sudah dimiliki. Aku cuba menjadi kawan rapatnya. Setiap masalahnya aku cuba membantu dengan memberi nasihat dan sokongan. Kadang kala aku sendiri merasa sakit hati dengan sikap teman lelakinya yang langsung tidak mengendahkannya. Bagiku bukan mudah untuk seorang perempuan menitiskan airmata untuk orang yang betul-betul disayanginya. Alangkah beruntungnya jika orang yang aku sayangi dulu seperti Mia. Pada awalnya aku hanya mampu berhubung dan berkongsi cerita melalui Facebook. Nombor telefonku telah aku serahkan pada Mia dengan alasan supaya lebih mudah menghubungiku sekiranya ada masalah yang ingin dikongsi. Mia akan menghubungiku untuk berkongsi ceritanya tetapi setiap kali selepas menghubungiku Mia akan menghilangkan diri agak lama. Dalam fikiran ku, mungkin Mia menganggap aku sebagai teman tuk berkongsi something yang berat tuk dia luah pada sesiapa. Dari sejak mula kami berkawan sehingga la sekarang Mia hanya menghubngi aku dua kali sahaja. "Entah la, mungkin dia memang begitu" bisik hatiku. Adik angkatku yang aku gelar sebagai "Amoi" selalu cuba mencarikan jodoh untukku tetapi bagaimana aku hendak terangkan bahawa hatiku langsung tidak terbuka untuk bercinta lagi setelah cinta yang baru lepas ku lalui amat menyakitkan. Setelah didesak beberapa kali, akhirnya aku akur dengan paksaan adik angkatku untuk cuba membuka hati terhadap kawannya. Aku cuba membuka hati untuk "orang baru" itu tetapi aku tidak mampu untuk nafikan hatiku masih sukar untuk menerima sesiapa. Aku cuba bertahan dan memberi ruang tapi tidak mampu. Akhirnya selepas Hari Raya, aku cuba menjauhkan diri darinya. Aku betul-betul tidak mampu untuk meneruskan.
Tidak berapa lama kemudian, Mia sekali lagi menghubungiku, aku melayannya seperti biasa. Setiap pertanyaannya ku jawab satu persatu sehinggalah soalan berkenaan "orang baru" itu. Aku cuba berselindung tapi secara automatik aku terus berkata jujur apa yang telah berlaku. Entah kenapa aku begitu mudah untuk meluahkan pada Mia. Selepas Mia mematikan panggilannya, aku menganggap Mia akan hilang seperti biasa. Maklumla memang adat chatters begitu. Kemudian aku menerima mesej dari Mia dan aku membalas. Boleh dikatakan seperti keajaiban apabila Mia terus-menerus mesej dan hubungiku. Aku sangat gembira, kerana selepas beberapa hari Mia masih lagi menghubungi. "Harap dia tidak hilang sekali lagi" kata hatiku. Mia memang pandai mengambil hatiku, "hati batu" yang keras pun boleh lebur jadinya. Semakin hari aku semakin menyayanginya. Aku merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Mia yang menyebabkan aku tertarik dengannya bagaikan magnet. Akhirnya aku meluahkan rasa hatiku pada Mia dan tidak ku sangka Mia juga menyimpan rasa yang sama. Selepas itu bermulalah kehidupanku bersama Mia......

Saturday, October 16, 2010

cinta seorang chatterz chapter III

Lama kelamaaan, aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan susana begitu. Kemudian, aku telah berkenalan dengan seorang perempuan. Dia pada awalnya telah ku anggap seperti adik aku sendiri. Lama kelamaan hatiku semakin serasi terhadapnya. Perasaan sayang juga mulai timbul di dalam diri "hati batu" ini. Mungkin betul juga kata-kata orang tua, "adik angkat lama-lama terangkat". Pertengahan bulan Februari, aku telah cuba memberanikan diri untuk meluahkan rasa hatiku pada dia. Alangkah bertuahnya perasaan apabila si dia juga memiliki perasaan yang sama sepertiku. Tarikh itu ialah tarikh keramat bagi kami. 18 bulan kemudian, cinta yang telah sekian lama berputik semakin rapuh dan goyang. Masing-masing mencari kesalahan satu sama lain, bergaduh setiap masa walaupun berada di depan mata. Ini mungkin disebabkan, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh rakan sekelasku. Aku cuba tidak mempercayai kata-kata mereka berkenaan "awek"ku. Aku cuba mencari kebenaran kata-kata itu. Setiap kali aku bertanya soalan yang sama, isu itulah yang menjadi punca pergaduhan aku dan dia. Hinggalah pada suatu hari, selepas aku selesai melakukan kerja part time sebagai mekanik di bengkel kawan ayahku, aku telah menerima satu panggilan dari dia yang aku begitu sayang. "Bi, kite putus je la ye...kite da tak serasi dan selalu gaduh..take care bi..bye". Hancur luruh hatiku bila dengar kata-kata yang begitu mudah dia luahkan. Aku cuba mencari kebenaran dan kesilapan diri. Mengapa orang yang aku begitu sayang dengan mudah melafazkan sebegitu. Aku hilang arah, buntu, dan tidak henti airmata mengalir sepanjang perjalanan pulang ke kolej. pertama kali aku merasakan diriku begitu lemah, lemah sangat sehinggakan aku rasa diperbodohkan. Aku cuba mencari di mana kesilapanku. Setiap kali aku meminta jawapan darinya, tetap aku dipersalahkan ke atas apa yang berlaku. Selang beberapa hari dari peristiwa itu, aku menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengugutku supaya menjauhi diri bekas kekasihku. Dari cara lelaki itu bercakap, aku boleh mengaggap dialah orang baru dalam hidup si dia. Cukup pantas dia mencari pengganti, baru aku tahu apa yang berlaku......................

Monday, October 11, 2010

cinta seorang chatterz chapter II

Lalu aku terfikir untuk menyambung pelajaranku atas nasihat ibu dan adik-adikku. Mereka sangat berharap supaya abang sulung mereka menjadi orang yang berjaya seperti mereka. Aku nekadkan diri dan membuat permohonan di sebuah kolej di dalam Melaka. Keputusan SPM yang aku miliki juga tidak begitu memuaskan dan dikhuatiri permohonan aku itu ditolak. Selepas SPM dulu, banyak juga IPT dan IPTS yang aku mohon tapi semuanya ditolak dan tiada jawapan. Barulah aku merasa kesal dan memahami kenapa orang tua aku begitu bersungguh-sunguh menyuruhkan belajar masa sekolah dulu. Akibatnya aku sendiri yang tanggung. Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.
Namun pada suatu petang, selepas pulang dari bekerja, aku telah diberitahu oleh ibu, permohonanku telah diterima dan aku dikehendaki mendaftarkan diri di kolej tersebut. Tidak dapat ku gambarkan bagaimana gembiranya perasaanku yang bagaikan orang terkena loteri.
Majikanku juga berat untuk meluluskan permohonanku meletakkan jawatan. Kini impianku untuk berjaya semakin cerah. Aku sangat berminat dalam perubatan tetapi rezeki ku tidak kearah itu kerana aku ditawarkan kursus Undang-Undang dan Syariah oleh pihak kolej. Di kolej aku telah mengenali rakan-rakan baru yang jauh lebih muda dariku. Pada awalnya aku tidak dapat menyesuaikan diri. Lama-kelamaan......................

cinta seorang chatterz chapter I

Aku Fairuz dan dikenali oleh rakan-rakan sebagai Apai atau Yus. Aku bekerja sebagai seorang technician di sebuah pusat dylisis di negeri kelahiran ku sendiri Melaka. Gajiku tidak lah begitu besar tapi cukup untuk menyara diriku sendiri. Aku tinggal bersama keluarga kerana aku belum berkahwin dan mungkin juga belum jumpa jodoh yang sesuai. Aku mungkin cemburu dengan kawan-kawan yang seusiaku yang majoriti semua sudah berkahwin dan berjaya dalam hidup. Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku miliki iaitu keluarga. Kadang-kala aku terfikir juga, mungkin pintu hatiku telah tertutup untuk bercinta dan mengenali perempuan lain selain Ain. Dialah perempuan yang pertama berjaya menawan hatiku tetapi itu semua bagai sebuah mimpi. Ibu bapanya telah menghalang perhubungan kami kerana kami tidak setara darjat. Kata-kata ibunya yang tidak dapat aku lupakan ialah aku mungkin tidak dapat membahagiakan anaknya kerana tiada harta dan apa-apa yang boleh menjamin anaknya hidup senang. Peristiwa itu tak pernah luput dari ingatanku.
Kata-kata itulah yang ku jadikan semangat untuk terus bekerja keras dan membuktikan diriku juga boleh berjaya. Kini sudah 3 tahun perkara itu berlalu. Usia ku juga telah mencecah 23 tahun. Aku mula merasakan bosan terhadap kerja, mungkin disebabkan aku merasa diriku masih di takuk lama. Tiada perubahan dan kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan. Lalu aku terfikir untuk...........................................

Thursday, October 7, 2010

sungguh memenatkan!!!

hari ni satu hari yang bleh kata bsejarah gak spanjang ak study kt sni...
mau x giler, ad 3 klas tp sume klas ak ad je tugasan... klas puan marina kena present, klas ustz fahmi ad midterm....bleh thn gak la nk pcah kpla bla tmbh lak asgmnt esp ak yg nk kna hntr ptg ni gak....
bleh kata menggelabah gak la ak bla kna present utk klas ust zul plak...srabut2..ish3..
time nk print asgmnt ESP pn leh lak jd hal...time 2 la pocket drive si acap x leh read document.. bengang giler ak...
mjurla ad gak geng club yg bg pnjm pendrive..hahaha...dpt gak ak hntr asgmnt ak... plg best bla dpt taw ust zul x jd wat klas...lega, lega gak tp beban x kurg sbb kna gak present... da la mdterm pn ntah ap ak jwb...spth hrm ak bca x msuk....
ap pn hri ni mmg advnture smpai nk je ak format otak ak ni...:!!!
da da chow....adios amigos..